Negara di kejutkan dengan pengumuman TPM kita mangatakan PPSMI di mansuhkan...
Tetapi mansuh 2012..adakah kerana sukar untuk mengembalikan bahasa ibunda ini...
Bagi nona Sejak bahasa Inggeris dimulakan...banyak yang buruk dari yang baik...Iaitu dari segi kefahaman isi kandungan subjek Sains dan Matematik...
Setiap tahun Keputusan UPSR, PMR dan Spm graf nye diturunkan coz xphm pun blaja in English ni...
Bagi mereka mereka yang minat mst la trus x mnt blaja matematik n sains...
Tapi sambutan tentang pengumuman ini disambut baik oleh ahli2 akademik, profesional, Gapena, Dewan Bahasa Dan Pustaka...tetapi Dr Mahathir yang tidak setuju dgn cadangan ini...
Beirukt adalh rentetan kronolgy PPSMI
19 Julai 2002 - mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
Januari 2003 - dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah
Januari 2007 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah
Januari 2008 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah
Mac 2009 - lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.
Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.
Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."
Mei 2009 - kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan.
Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara"
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."
8 Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan