Ahad, 19 Julai 2009

BEST CITE NIH...

"Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah
pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga
dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk,

mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia
memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.





Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke
dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.

Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium
puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil
lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak
remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si
kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga
hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia,
Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit
yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya
benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2
keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila
dia berdepan dengan Aliyah. "Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup
bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang
yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak
Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi,
selesai olat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti
kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat
hatinya.

"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa
dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu,
Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi
ahh
hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,
boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah
hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia
yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni,
isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah
dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah
perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman
daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang
berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan
dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup
dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa
dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak
membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina
pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk
ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di
Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya
dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan
Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu
adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina
memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan
tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba
mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung
Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan
Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu
Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta
maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat
kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg," Dibawah
hensetnya, ada sekeping sampul besar.

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ******

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz
dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi
jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.Di
sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang
sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran
zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka
kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum
termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi
western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada
lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg
sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah
di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah
mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan
Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah
minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang
lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti
untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun
kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak
terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin
dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya
lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah
tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat
Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi
dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di
sawarak. Menunggu Abg...Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan
Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari
wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk
Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran
Abg, roti canai..air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah
bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

9 ulasan:

Faarihin berkata...

Wanita solehah memang tiada bandingannya.. saya suka baca cerita ni.. sbab ada gak terselit nama saya.. huhuhu.. (^__^)

Seindah hiasan adalah wanita solehah..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Aduhai...

Bro Framestone berkata...

tersenyum bro seketika...
erm mmg tiada yang setanding dgn si dia bro..biar la bro single 3 sampai bile2 huhuhu

Bro Framestone berkata...

out of otpic--> xde la panjang lebar mne bro wat..besa2 je tue huhuhu....

mmg pyh pun..susah2 je amik je nonna kan... kan dah memenuhi syarat kelayakan menjadi isteri org he..23x

nonna manis berkata...

Faarihin...
yela siapa sanggup di bahagi kan kasih..
tu la Allah anugerahkn payung emas..
tp sejauh mane pun ia menuntut keikhlasan wanita dlm menerima suami nya di kongsi...

tiada wanita yg sanggup di kongsi kasihnya..

hehehe ade name farihin ankkembar nye

nonna manis berkata...

ZARA >>>
cite yang nmpk sgt terlalu mengalah bini de kn..huhu

nonna manis berkata...

Framestone>>>
nape bro tersenyum...hehe si dia bro tu belum setanding ke...phy nk cari yang perfect...sume tu di tangan Allah..tp biasa pasangan kite tu adalah pelengkap kekurangan kite...

p/s -masih single????
hehe x cy lah...

Bro Framestone berkata...

mmg single pun...single lg 3 he...23x

yup die dah cukup sempurna buat bro... even ade gak try carik len..tp masih belum menjumpai yg boleh replace tempat die

bro tersenyum je membace he..23x

nonna manis berkata...

FRAMESTONE>>>
maybe belum sampai mase nye untuk jumpe yg di cari tu...hehe

Hadith Muslim