Jumaat, 24 Julai 2009

gambaran manusia yg berdosa di padang masyar.. dimanakah kita sekarang ini? wallah hu' alam...

salam...

peringatan pada saya dan diri anda semua.. ubahlah kedudukan anda sementara kita mempunyai masa.. sesungguhnya maut itu datang tanpa sesaat pun terlambat... wallah hu' alam.. semoga kita semua di bawah perlindungan Nya...

Gambaran manusia yg berdosa di padang masyar






BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia

BERWAJAH KHINZIR (babi)
Suka memberi & menerima rasuah

BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman

PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang
lain.

TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA
BERULANG KALI
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri
tidak sama dengan apa yang dikatakannya.

BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran

BERJALAN TERHOYONG-HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan

BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid

RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti

TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling

WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa
rukun


PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap
perniagaan & lain-lain zakat

BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi

TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah

BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR
DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina

MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim

KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya

GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR
KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti
dadah dan lln.



Khamis, 23 Julai 2009

Samseng Jalan raya-- mangsa lebih kepada Girlz


Aku xtau nape dugaan ni berat buat aku..
nape aku yg kene nasib cm ni...nape dorg besar ke kt jln raya..

Kali ni nona pun xtau ptt cite x sedih yang melanda nona..
Kereta Nona Calar truk la..
Kejadian ni berlaku time parking kat umah..base la rumah flat mane nk terjaga keta kat parking bawah..bumper depan bis kene calar pake duit syiling la kot..
tension tol..nk wat keje pun xde mood..

Tp nona syak kes ni ade kaitan ngan kejadian ptg semlm...time balek keje..
mase tu nona nk masuk simpang kat umah nona..simpang tu sempit..then da msuk..tp Ade kereta kancil merah tinted itam..pemilik de pun India...
de trus kua...tp tu tempt masuk kreta..bukan tempt kua...then de nk langgar keta Nona.. Tp nona bg Hon kuat la gak..then de gostan (salah eja) trus de bla je..






kAlu de yang buat mmg S_al*&#R##$@#T% la...ntah la memang perempuan ni asyik kene buli je ke time bawak keta..ape laki hebat sgt ke..korg yg xhormati..
Memang Dasar *^&^&%^*&% x guna...




Cm ne ek ek keta da Calar nk wt pe..Coz cat itam da kene toreh sampe nmpk putih nye..
1) poolish boley ke??
2) nk cat baru mane ade bajet...
3) nk report polis xde bukti.
4) nk ngamuk pun mende da jd..

HAi tu la org mcm2 ragam nye...Xpe la Allah je balas perbuatan ko tu...

ni la yg buat nona bad mood







Ahad, 19 Julai 2009

BEST CITE NIH...

"Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah
pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga
dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk,

mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia
memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.





Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke
dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.

Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium
puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil
lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak
remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si
kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga
hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia,
Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit
yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya
benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2
keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila
dia berdepan dengan Aliyah. "Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup
bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang
yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak
Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi,
selesai olat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti
kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat
hatinya.

"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa
dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu,
Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi
ahh
hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,
boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah
hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia
yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni,
isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah
dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah
perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman
daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang
berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan
dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup
dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa
dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak
membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina
pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk
ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di
Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya
dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan
Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu
adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina
memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan
tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba
mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung
Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan
Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu
Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta
maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat
kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg," Dibawah
hensetnya, ada sekeping sampul besar.

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ******

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz
dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi
jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.Di
sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang
sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran
zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka
kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum
termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi
western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada
lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg
sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah
di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah
mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan
Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah
minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang
lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti
untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun
kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak
terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin
dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya
lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah
tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat
Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi
dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di
sawarak. Menunggu Abg...Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan
Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari
wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk
Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran
Abg, roti canai..air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah
bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

Jumaat, 17 Julai 2009

6 Jenis Wanita Malang

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang
Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah,
yang Baraqah dan yang Syadaqah."

Wanita Ananah:
banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau
buat-buat sakit.

Wanita Mananah:
suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan,
"Aku membuat itu keranamu".

Wanita Hananah:
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang
dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan
keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk
membelinya.

Wanita Baraqah:
ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias
mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali
sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah:
banyak cakap tidak menentu lagi bising.




Khamis, 16 Julai 2009

BE CArefull LAdies

Pesanan Buat diri Sendiri dan

KEPADA WANITA2 KAT LUAR SANA ....


Baru dapat tahu dari seorang kawan THAT adik ipar dia, seorang perempuan,

menjadi mangsa samun dan bunuh di Sunway. Berlaku kira-kira jam 9 PAGI,

beliau sedang memandu keretanya di Sunway selepas menghantar suaminya ke

SJMC. Keretanya telah dilanggar dari belakang dan kemudiannya disamun dan

ditikam di Sunway. Sekarang berada di ICU disebabkan kehilangan 75%

darahnya akibat tikaman tersebut.




2-3 hari lepas, di Negeri Sembilan, seorang wanita yang keretanya telah

dilanggar dari belakang, menjadi mangsa samun dan rogol.


Kejadiaan serupa ini banyak berlaku sejak 2-3 bulan ini . Dalam TV,

rancangan 999 kemarin ada memaparkan kejadian serupa. Dalam rancangan

tersebut, 2 kejadian dipaparkan.


Pertama, seorang wanita yang memandu di Seksyen 7 Shah Alam kira-kira

pukul 11 malam, keretanya di langgar dari belakang. Dia kemudiannya

dilarikan ke kawasan pembinaan di Shah Alam dan dirogol bergilir-gilir.


Kedua, di Gombak Setia. Kereta seorang wanita di langgar dari belakang .

Semasa pertengkaran, lelaki yang pura-pura menuruh wanita tersebut

memeriksa sama ada pintu belakang boleh dibuka atau tidak, telah menolak

wanita tersebut kedalam kereta dan rakan lelaki itu telah memandu kereta

tersebut. Mangsa telah dirogol rasanya (mungkin saya silap). Dia juga

telah dicederakan dengan pisau di jari termasuk diKELAR dipaha (ada la

dalam 3-4 inci).


So FRIENDS, berhati-hati lah. Tidak kira yang dah kawin ataupun belum.

Sebab yang di Gombak tue rasanya dah bersuami. Per ‘INGAT’ kanlah kenalan,

saudara mara serta isteri (atau isteri-isteri) kita " MAKE SURE LOCK YOUR

CAR & JANGAN KELUAR DARI KERETA! ."


MAKE SURE ADA NBR. PHONE POLICE DLM HANDSET & CALL YOUR HUSBAND/NEARBY

RELATIVE, KALAU DAH SYAK ACCIDENT TU SCAM, CEPAT-CEPAT PECUT KE BALAI

POLIS BERDEKATAN (BILA ‘MEREKA’ KELUAR DARI KERETA) BERSAMA-SAMA MAKLUMAT

KERETA MEREKA YANG MELANGGAR ITU SEPERTI NO. PENDAFTARAN KERETA, JENIS

KERETA, WARNA KERETA,CIRI-CIRI PEMANDU, DLL YANG DIRASAKAN PENTING.


PLEASE....... TAKE THIS MESSAGE SERIOUSLY!

Rabu, 15 Julai 2009

Bas RApid KL Terjunam di Ibu Kota



Bas RapidKL yang remuk pada bahagian depan selepas terbabas ke laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam.

Sesuatu yang mengejutkan apabila pengangkutan awam Malaysia di anggap berbahaya..
Anda boleh lihat sendiri apa terjadi...

Di sini nona nk komen
1. firstly Memandu laju n sikap gopoh pemandu bas sehingga menyebabkan gagal kawal bas tu..

2. Penah cik nona nek rapid de leh bawa smbil tido nasib bek la bas auto xla tkt sgt..hai mengantuk semasa memandu maybe keletihan iaitu pukol 5 pagi da msuk keje..






3. Mengejar trip kerana tambang rapid murah dan tidak membantu mereka untuk lebih pendapatan.so dorg kene wt trip byk so add la duit lebih kit tiap2 bulan..

4. Sikap pemandu seperti Raja atau pun bas tu seperti bapak de yg punye..sesuka ati nk marah penumpang..

5. xberdisplin memandu dan etika kerja yg kurg


kalu nk tulis mmg byk la pengalamn semasa nek bas awam ni..nk wt cm ne sabo je la tu je yg murah n satu2 bas yg ade ke sri sentosa...selepas bas rapid membolot sume kawasan di KL..pengguna terpaksa berdiam diri..inikah kemudahan untuk rakyat..walahl membayar bas tetapi hanya berdiri..kerana jumlah kerusi tempat duduk xlebih dari 20 kerusi..
sedangkan 1 bas boleh bawa org sampi 200 penumpang di waktu sesak..mereka kaut keuntungan tanpa fikir keselamatn penumpang bas..
begitu la Hidup D KL yang penuh sesak..

Khamis, 9 Julai 2009

PPSMI Dimansuh 2012...Wajarkah lambat begini?

Negara di kejutkan dengan pengumuman TPM kita mangatakan PPSMI di mansuhkan...
Tetapi mansuh 2012..adakah kerana sukar untuk mengembalikan bahasa ibunda ini...
Bagi nona Sejak bahasa Inggeris dimulakan...banyak yang buruk dari yang baik...Iaitu dari segi kefahaman isi kandungan subjek Sains dan Matematik...

Setiap tahun Keputusan UPSR, PMR dan Spm graf nye diturunkan coz xphm pun blaja in English ni...
Bagi mereka mereka yang minat mst la trus x mnt blaja matematik n sains...

Tapi sambutan tentang pengumuman ini disambut baik oleh ahli2 akademik, profesional, Gapena, Dewan Bahasa Dan Pustaka...tetapi Dr Mahathir yang tidak setuju dgn cadangan ini...






Beirukt adalh rentetan kronolgy PPSMI


19 Julai 2002 - mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."


Mei 2009 - kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara"

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

8 Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.

Rabu, 8 Julai 2009

KENA TINDIH



Fenomena kene tindih.... Kepercayaan dan Kebenaran.. (saja nak share
pengalaman dengan rakan, jom kita relax sekejap)

Just to share... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and
readings, banyak sangat orang dok cerita pasal pengalaman kena tindih
ni...
betulkah kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?




Orang ramai describe kena tindih seperti tak boleh gerakkan seluruh
badan, hujung jari, terasa berat kat dada... nampak benda-benda
pelik-pelik (hantu, makhluk hitam dan sebagainya)

Kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena.... aku pun secara
jujur pernah ada pengalaman kena 'tindih' ni masa sekolah menengah
dulu...
adalah dalam 3-4 kali jugak... masa tu aku sedar... boleh buka mata
separuh..... aku tau aku sedar... tapi tak boleh gerak.... kadang-kadang
geram, sebab tak boleh gerak..... lepas 5 ke 10 minit baru boleh
gerak....
aku dulu pun takut... memang ingat kena hempap dah... lepas boleh gerak
tu rasa seram sejuk jer...

Setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... barula aku
tau kebenarannya.... ni aku nak cerita sikit pasal fenomena kena
hempap/tindih atau nama medicalnya 'sleep paralysis'

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'... adalah satu
keadaan yang terdiri daripada sudah tentulah paralysis (lumpuh) yang
temporary (sementara).... temporary paralysis ni selalu berlaku bila
masa-masa nak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari
tidur (hypnopompic paralysis)

Normal badan manusia bila tidur, bila masuk tahap tidur yang nyenyak
atau REM (rapid eye movement... waktu nyenyak ni, bijik mata kita
gerak-gerak) tahap... otak akan bagi tau badan kita suruh rehat... badan
kita kira macam switch off kejap... REM atonia (tak ada muscle tone).

Otak kita pun ada switch off button.... dipanggil Reticular Activating
System (RAS)....... bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch
off RAS ni... so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas
etc.) sahaja yang on... kiranya screensaver lah atau hibernate...

So... bila kita bangun, RAS switched on balik. Kita sedar (fully awake
state) tapi kadang-kadang, electrical signal tak diactivate kan oleh
otak suruh switch on balik badan kita.... maka masa tu laa badan kita
lumpuh seketika.... sebelum otak activate balik.... memang menakutkan
tapi benar....

Tapi paralysis tu tak semestinya complete atau full.. kadang-kadang
partial atau sebahagian sahaja... pasal tu ada yang boleh gerakkan ibu
jari, tetapi badan lain lumpuh etc....

Dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan
hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar
bunyi pelik-pelik), visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile
(deria sentuhan, terasa benda sentuh/hempap dan lain-lain..)

Sebab-sebab atau benda-benda yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama 2. Jadual tidur yang tak
tentu arah (irregular sleep clock) 3. Sleep/rest deprivation (tak cukup
tidur la ni...penat sangat) 4. Stress yang banyak kat otak...masalah
keluarga, kewangan bla-bla 5. Pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba
(macam biasa dok rumah saja, tetiba esok pergi panjat gunung, kayuh
basikal.... extreme sangat) 6. Orang yang ada penyakit narcolepsy

So... jangan lagi ada yang berkata kena hempap dengan hantu. Korang
semua lagi hantu sebenornye.... tapi kalau korang yang terutamanya kaum
pompuan tu kalau celik jer mata tiba-tiba kena tindih dek suami
janganlah korang baca ayat Kursi.. nanti terbakar pulak suami korang..
ucapkanlah Alhamdulillah!!!!... ha...ha..ha...

Sabtu, 4 Julai 2009

pelajaran dari iman al ghazali

PESANAN

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat
kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama.






Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
I


IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat



Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri





Kartun Pokemon Sangat Merbahaya Akidah



Sebarkan kalu sayang pada islam>BAHAYANYA KARTUN POKEMONPOKEMON dan
BINATANG2 yang ade dalamnya??? POKEMON bermaksud saya yahudi,> PIKACHU
bermaksud jadilah seorang yahudi,>CHARMANDER bermaksud ALLAH itu
lemah(nauzubillah) ...... jadi.... tolonglah SEBARKAN kepada rakan2 chat
korang semua......> Protect Our Population Of Islam.... sumer org yg ade
yahoo messenger (ym), tolong jangan add org yg id die macam ni:
anamuslim_cute_ 97@yahoo. com die cuba nak murtadkan org Islam. tolong
forwardkan mesej ni kepada sumer org Islam!!! (kalau rase sayang ngan org
Islam la!!!!!!. kalau tak sayang, x payah forward!!!) Salam





AMARAN :

Berhati-hati, kalo ada sesapa nk jual perfume and suruh korang hidu bau
perfume, tolong jgn hidu..terdapat kes dimana seorg gadis didatangi 2 lelaki
yg mendakwa melakukan kajian psl myk wangi dan menyuruh gadis tersebut
menghidunya. .sejurus kemudian gadis itu
pengsan.sedar2 ia berada didpn sebuah bangunan,dan mendapati dirinya
dirogol.barang berharga, wallet,henpon semua dirompak..so beringat2 lah la
ni macam2 kes jenayah ada.......



AWAS! pemberian CD free bertajuk AHMAD'DREAM motifnya memurtadkan melayu
islam.watak lakonan oleh org melayu yg berjaya dimurtadkan.
Sebarkan kalu sayang pada islam!!



Aneh ya, ketika seseorang yang kita sayangi memanggil kita,serta-merta kita
datang untuk penuhi panggilannya. .. Tapi ketika ALLAH memanggil kita
(azan), biasanya kita akan malas dengan alasan waktunya masih panjang.



Heran ya..bagaimana ketika anda membaca pesanan ini, anda tidak akan
mengirim kepada beberapa orang yang ada di dalam messenger anda kerana anda
risau apakah mereka akan fikirkan tentang diri anda atas kiriman ini kepada
mereka.. Heran ya bagaimana kita lebih bimbang akan apa yang orang fikirkan
tentang kita...daripada apa yang ALLAH fikirkan



Kalau sudah dapat anggaplah ini rezeki....... .. Baca, sebut lepas tu
forward... Assalamu 'alaikum, Kubur itu gelap, cahayanya ialah "Laa Ilaaha
IllalLah". Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah
ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa
ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda
(mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti
berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!"
supaya ianya menjadi sebati dibibir kita.... ucapkanlah serentak dengan
denyutan nadi, biar ia mengalir bersama arus aliran darah dan degupan
jantung kita. Panjangkan dan fowardkan email ini kepada seramai mungkin
saudaramu




Jumaat, 3 Julai 2009

Tutorial jika Blog xleh sign in

Huh setelah berkali ku cuba
aku berjaya sign in blogger aku
aduh hidup aku xlengakp tanpa blog ni...

nk tau sebab pe xleh nk sign in...
jawapan aku pun xpasti...hehehe

browser cookies enable to find and error...



seday nye..aku bace da la xbp nk pro dlm repair2 tools pc ni...
jd aku cube sedaya upaya memahami n mengikut arahan tu sume...

penat gak..da dua hari cube buka blog ni..
tp asyik gagal jer...


so nona nk bg tips tok mengatasi masalah ni...
khas tok blgger baru la...yg lame tu kalu nk blaja tu sila2...


To clear your cache and cookies, please follow the steps below.
For MS Internet Explorer:

1. Click Tools at the top of your browser window.
2. Select Internet Options from the menu.
3. Select the General tab, if it's not already selected.
4. Locate the Browsing history section and click Delete.
5. In the Temporary Internet Files section, click Delete files If a pop-up window appears, click Yes.
6. In the Cookies section, click Delete cookies If a pop-up window appears, click Yes.

Cara gune Mozilla Firefox:

1. Click Tools at the top of your browser window.
2. Click Options.
3. In the Private Data section, click the Settings button.
4. Ensure that Cache and Cookies are checked.
5. Click OK.


da tgk yang then


Hadith Muslim