Jumaat, 13 Februari 2009

kEK COKLAT BASAH

Mendengarkan nama kek ini saje dapat memberikan anda rasa lapar...So kepada Sesiapa yang berminat untuk menghilangkan rase lapar itu..bley lah mengambil resipi kek coklat basah bibawah..


Bahan-bahan
Bahan A
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang

Bahan B
2 biji telur
1 s/k esen vanila

Bahan C
200 ml susu cair
200 ml minyak mazola
200 mi air panas

Cream Coklat:
300 gm coklat masakan [potong kecil]
50 gm fresh cream
Cara Memasak
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan sehingga mendideh dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam.
6. Bila telah mask buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.

Cream Coklat:
1. Panaskan coklat didalam periuk secara double boiling.
2. Bila nampak coklat hampir cair tutup api.
3. Masukkan fresh cream dan kacau sebati sehingga agak sejuk
4. Bila dah hampir sejuk tuangkan atas kek dan hiaskan mengikut kesukaan sendiri.

2 ulasan:

Kipas berkata...

hmmm... buleh tempah x nona??

nonna manis berkata...

KIpas......
hmmm masih di peringkat perbelajaran la...
takut xsdp lak

Hadith Muslim