Sabtu, 28 Februari 2009

Kabinet tangguh naik tol

Salam Sejahtera kepada rakan2 blog nona.......

Baru2 ni kite digemparkan dengan berita kenaikan kadar tol sehingga 33%..
WAh melampau sungguh sykt konsesi lebuhraya ni... baru je tutup di beberapa daerah lembah kelang..kini mahu naik sehingga 33%.. Pihak kerajaan seolah2 bersetuju dgn kenaikan ini..yang menambahkan beban rakyat menanggung krisis ekonomi yang tegang..

TApi disebabkan desakan rakyat..kerajaan menangguhkan kenaikan toll...apa motifnya nk tangguhkn..PAstinya berkenaan pilihanraya di dua bukit yg hangat di pasaran politik kita..Almaklum rakyat sudah tahu taktik KAbinet BN ini..MAka di petikan Akbar mereka terus menjawab penanguhan ini bukan disebab kn 2 pilihanraya tersebut..

Hmmm paham sendiri la kerjaan Dorang tu KAlu cakap bukan Makne nye YA..
Keputusan tiada kaitan dua pilihan raya kecil: PM

PUTRAJAYA: Kabinet bersetuju menangguhkan kenaikan kadar tol di lima lebuh raya yang sepatutnya berkuat kuasa esok, sehingga ke satu masa yang akan diputuskan kemudian.

Keputusan itu dipersetujui pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini, semalam.

Di HUA HIN, Thailand, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata penangguhan itu dibuat atas pertimbangan untuk meringankan beban rakyat dan tiada kaitan dengan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah, April ini.

Bercakap kepada media Malaysia, Perdana Menteri berkata, Kabinet diarah membincangkan semula keputusan menaikkan kadar tol itu kerana ia tidak sejajar dengan tumpuan kerajaan untuk membantu rakyat menerusi pakej rangsangan ekonomi yang akan dibentangkan di Parlimen, 10 Mac ini.

"Kenaikan itu juga nampaknya menerima tentangan yang kuat, ramai yang tidak bersetuju, jadi kabinet buat keputusan untuk menangguhkannya," katanya yang berada di bandar peranginan 240 kilometer dari Bangkok bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean.




Diharap kan penangguhan ini lame la sikit..kesian pada mereka yang hilang pekerjaan dimusim kegawatan ekonomi ni..


Salam Perihatin...

5 ulasan:

Naz berkata...

Taktik dan strategi yg bagus semasa nak hampir2 p.raya... kalau saya jd gov pun saya akan wat gitu. hehehee...

Atan berkata...

biasalah.. sebab nak nampak najib baik

nonna manis berkata...

nazz>>> ----
mmg gitu la taktik gov..
nsb bek awk lom jd gov..
kalu x xde beza gov naz ngan gov skang..

nonna manis berkata...

atan>>> ----
nk nmpak najib...
bek sgt najib..
trik cm pak lah dulu2

CikYana(",) berkata...

yezaaaaaaa..
sok keje cm bese lor..
jumaat cuti baLik..
yahoo..besh nyerrrrrr

Hadith Muslim