Sabtu, 28 Februari 2009

penjelasan..


Cik nona nak post keratan Harakah tok bacaan kita ber sama...


"Tiada bantahan menggunakan kereta peribadi...lembu korban sebagai usaha kebajikan."


Demikian kenyataan yang dikemukakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung titah pendirian Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepadanya semalam.

Menurut Khalid, baginda Sultan Selangor tidak mempunyai halangan dan membantah penggunaan kenderaan peribadi sebagai kenderaan rasmi asalkan segala prosedur undang-undang dipatuhi.

"Tuanku Sultan Selangor telah menyatakan pendirian untuk tidak membantah penggunaan kereta peribadi sebagai kenderaan rasmi jika semua prosedur dipatuhi.

"Berkenaan isu derma lembu korban pula,Tuanku Sultan tiadak ada apa-apa halangan terhadap usaha sedekah,malah menggalakkan segala usaha kebajikan ini diteruskan dan dipanjangkan kepada kawasan Kuala Lumpur termasuk Bandar Tun Razak,"jelas Khalid dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily lewat malam tadi.

Tambahnya, baginda bertitah demikian sewaktu beliau mengadap Tuanku Sultan semalam di Istana Mestika,Shah Alam untuk memberikan taklimat tentang hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri termasuk mengenai segala tohmahan mengenai derma lembu korban dan tuntutan penyelenggaraan kereta persendirian.

HMmm niat sedekah dan amal jariah diperbesarkan..tidakkah anda malu..
kebaikan seseorang telah di balas dengan fitnah dan tohmahan..
itu lah pmimpin sekarang...
cari glamour lebih
Mohd Khalil Abdullah

2 ulasan:

renceman berkata...

saya suka blog ini bagus dan keren... comment balik ya

nonna manis berkata...

thank encik rencemen..sila komen jika ade yeng xkene

Hadith Muslim