Selasa, 31 Mac 2009

Nak Demam


Today my mood is down..
huhuhu bgn2 pagi cm skit tekak
tande nk sesema
bdn seram sejuk..
huhuhu...
cik nona tgk adik2 cik nona yang demam pun blum kebah
tp cik nona plak nk kene rini
huhu
xnk demam lg
byk keje xsetel lagi ni


xbest nye kene sakit...
huhuhu

Bukan Sekadar Jenaka


Dalam satu kejadian yg agak susah nak
diterima akal, iaitu sebuah kapal
terbang telah mengalami kerosakan
enjin dan sedang menjunam hendak
terhempas, terdapat 5 org penumpang di
dalamnya tetapi beg parachute
kecemasan hanya ada 4.Antara penumpang
yg berada dalam kapal terbang tersebut
ialah Hafiz Hashim],George W Bush ,
Hillary Clinton, Osama Laden dan
seorang kanak-kanak kecil

Berkata laa penumpang pertama, "Aku
Hafiz Hashim. Malaysia perlukan aku.
Kalau aku tadak,mcmmana nanti Malaysia
nak menang All England lagi?". Lalu
dia mengambil beg pertama dan terus
terjun.

Penumpang kedua pulak berkata, "Aku
Hillary Clinton, bekas wanita pertama
US. Aku seorang yg paling bercita2
tinggi dan aku juga senator New York.
Aku juga berpotensi nak jadi seorang
President". Dia pula mengambil satu
beg dan terusterjun.



Penumpang ketiga menyampuk, "Ahh...
aku President US! George W. Bush. Aku
ada negara yg kuat. Tambahan pula,
akulah President
yg terpandai dlm sejarah US. Org
Amerika mana yg hendak melihat aku
mati? "Dia terus menyentap satu beg
dan terus terjun.

Penumpang keempat, Osama Bin Laden
berkatakepada penumpang kelima,
seorang budak berumur 10 tahun, "Saya
seorang Muslim dan saya berserah kpd
Allah utk menentukan hidup dan mati
saya. Adik
ambillah beg parachute yg terakhir tu".

Budak 10 tahun itu menjawap, "Jgn
bimbang. Ada satu lagi beg parachute
utk pakcik. President terpandai dalam
sejarah US tu terambil beg sekolah
saya".

p/s:sebelum mkn basuh ler tangan...huhuhu

Isnin, 30 Mac 2009

Benar kah anak sulung ni Ego???

Salam hari isnin>>.

Tajuk yang nona nk kongsi adalah sifat2 anak pertama...
Benar kah anak sulung ni Ego???

Sis Nona ni anak sulung tp nk kate ego x kot cume gile kuasa sikit kot hehe..
but ape yang nona phm anak sulung ni xleh di tegur oleh adik2 nya..
coz de rase de xptt ditegur maybe sebab de lebih besar..
atau sebab de tu takut maruah nya tercemar..
ape pun sebenarnya setiap tindakan seseorang itu mestilah mempunyai sebab kan..
x gitu..


So kepada sesape yang leh jwab soklan nona ni..adalah di alu2alu kan
hehehe

Rabu, 25 Mac 2009

Kajian sains: Solat rawat penyakit kritikal

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas -
Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.
Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.
Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.



"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,� katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.


Isnin, 23 Mac 2009

JanganJanganJAngan

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.
+ bace selanjut nya

."
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan terlalu banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.
J
angan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!
Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar

Khamis, 19 Mac 2009

bila isteri dah tak cantik...

SALAM sejahtera.
hhhmmm nak post beberapa kisah kehidupan selepas kahwin...bukan la nak menyalahkan sesiapa cume sekadar renungan sahaja. yang tak baik di jadikan sempadan diri kite..yang baik kita leh la contohi kisah ibu muda..kisah ni cik nona dapat dari ruangan luahan wanita di majalah wanita..

Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri...
Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki,renung2kanlah.

Pembaca Semua,
Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.


Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa. Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan, tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah,anak2. Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.


Pendapat Saya :
Penting di sini kita memahami erti perkahwinan.
Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan
bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwian adalah sebahagian kita mencari
keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan
juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah..

Insya'Allah.

Isnin, 16 Mac 2009

Sebelum Kahwin Selepas Kahwin

silakan baca ......
post ini di baca dengan perkara esbelum kahwin dan selepas kawin..

Perkara Sebelum Kahwin Selepas Kahwin
1. ANGKATKAN BEG
~Come sayang, let me carry the bag 4 u. Kesian u...
~Beg u pun u malas nak bawa. Lain kali jangan bawa beg ah!

2. TERSUNGKUR BATU
~'Sayang, intan payung, you ok tak darling? Bodoh punye batu!'
~Jln betul2 la! Buta ke? Mata letak kat mana? Lutut? Batu tu macam besar pun tak nampak!

3. PAKAI SEXY
~Lawanye u pakai baju ni. Seksi! Turn on I, macam nak gigit-gigit you sekarang jugak!'
~Ni ape ni, t**** terjojol, nampak longkang! Dengan babat berlipat-lipat! Tak malu eh?'

4. MANJA DI PUBLIC
~Manjanye syg i ni. Cium sikit sayang! Firm nye pipi you! Oi! Org tgk ah!
~Tunggu balik rumah bole tak? Tak malu eh orang tengok?!

5. KEMPUNAN
~U nak makan burger ramly? Ok, besok i masuk JB belikan eh syg...
~Burger McDonald pun sama pe! Jgn cerewet ah! Makan je!

6. KECANTIKAN
~Cantik nye you hari ni. Eye shadow you lawa la! Berseri-seri muka you!
~Ape ni make up mcm tepung gomak? Wayang pekji pun kalah tau! Bulan2 asyik beli make up je!

7. KEKAYAAN
~ U takde bnyk duit pun, i tetap syg u. Kekayaan tk menjanjikan kebahagiaan.
~Tu la, dulu tak nak blajar betul2. Skrg baru nak menyesal! Duit tong sampah bulan ni camne?

8. SEX
~Kalau kita kawin, hari2 i nak main dgn u.
~Eh, i penat tau! Ingat i robot ke? Gatal!

9. KESABARAN
~Sudahlah syg, jgn merajuk.. Sorry eh Sayang. Memang salah I. I ni matahir tak guna! Jangan merajuk lagi ye Sayang.. I minta maaf. Maafkan i eh?
~Salah you, you nak suruh I cakap Sorry! Banyak cantik muka you! Dah buat salah tak nak mengaku. Tau nak merajuk je. Awak punye pasal ah! Tak kuasa aku!

10. MASAKAN
~Sedapnye u masak (walaupun tak sedap)
~Mak u tak ajar masak ke? Ni Nasi lemak ke nasi basi?

11. DUIT NO PROBLEM
~Syg, kita mkn dekat restoran mahal tu eh? Mahal takpe lah, skali skala...
~Mak oi! Pe mahal! Da la! Mee grg mamak pak kassim lagi sedap. Tak mau ah!

12. LUV PEGI LUV BALIK
~Bye syg, I luv u too. Muaks! Miss u lah syg. (Padahal smlm baru jumpe)
~Ah, ok bye! Tak bole lah. Kawan i ade ni! Bye la bye la!

13. PENGORBANAN
~Takpe Sayang, I tak kisah.. I sanggup buat apa saja untuk you. I fetch you later eh?
~You ni, takde kepala otak ke yang I ni penat baru balik kerja.. Apa salahnya you balik sendiri. Manja sangat ah!

14. JUMPA LAMBAT
~Takpe Sayang. Asalkan you selamat sampai
~Takpe la. Da biasa da!

15. BUANG ANGIN
~You kentot eh sayang? Hehehehehe! Cute la you ni! *cubit-cubit*
~Oi, asal bole kentot je eh! *pukul-pukul badan*

Sabtu, 14 Mac 2009

GOSOK Gigi La wei...

Peringatan Utk kaum Bapa yg merokok....

Seorang ibu baru lepas bersalin..Seperti yang lain,..
dia pun menyusukan anaknya dengan susu dada..sepert yg dipelajarinya
demi kebaikan anak dan ibunya.
Selepas habis pantang, tiba tiba anak nya tidak mahu menyusu lagi..
Ibu ini kehairanan kenapa anaknya tidak mahu lagi menyusu. Setiap
kali ibunya mula menyusukanya. anaknya mula mengalih mukanya tanda
tidak mahu.

Keesukan harinya, ibu ini pergi berjumpa jiranya bertanya kabar
tentang perkara ini..Jiranya menjemput nya masuk kedalam rumah dan
berbual.Ibu nya berkata `Mak Haji..saya hairanlah kenapa lah anak
saya ni tak mahu lagi menyusu dada lagi sejak kebelakangan ni.?"

Mak cik pun berkata `Sejak bila??'
Ibu menjawab `Sejak habis pantang'
'Mari Mak Haji lihat'.Ibu ini pun membuka dadanya dan membiarkan
Mak Haji mengusap dadanya untuk memeriksa kalau ada apa keganjilan
atau perubahan yg berlaku.

Tiba tiba Mak haji itu pun bersuara..`Patutlah anak nya tak mahu
lagi.....Ibu ini pun terkejut..`Kenapa Mak Haji??? Mak Haji
menjawab..`Itu tanda anak awak dah pandai !.Dah Tuuu.kenapa pulak
dia tak mahu hisap lagi??Mak Haji pun menjawap ~` Memang lah..tak mahu
lah dia..dada awak tu berbau rokok ,..Pahit lah rasa nya.
Ibu berungut dalam hati ` Ini sah memang kerja bapak dialah malam
tadi !!!!Tak gosok gigi rupanya..... .Hampeh !!!

Khamis, 12 Mac 2009

" AIR SEMBAHYANG "

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.


2.. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-
hisabnya di tangan kanan .

4.. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?


Wasallam


Rabu, 11 Mac 2009

TANDA -TANDA KEMATIAN

Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"

(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud. Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.


Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :


Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Amin.

Senyum - MInyak Wangi Spesel

Minyak Wangi Istimewa.
Di satu pagi waktu pekerja masuk ke pejabat. Ada seorang MAmat masuk ke dalam lift untuk naik ke tingkat lapan sebuah bangunan. Sampai ditingkat 1, masuk seorang gadis cun lalu menyembur minyak wangi ke tubuhnya . “Ini minyak wangi mahal tau, jenama Beverly Hills, RM400 sebotol,” katanya dengan sombong.

Mamat tu bengang giler. Apabila tiba di tingkat 3 , masuk pula mak datin, juga menyemburkan minyak wangi ke tubuhnya . “Minyak wangi Veninza dari Itali berharga Rm1000 tau sebotol,” kata mak datin lagi angkuh. Sampai tingkat 8, pintu lift terbuka dan mamat tadi bersedia untuk keluar lift. “Proooottt!!!!!Sebelum keluar mamat tu sempat mengeluarkan ‘gas aslinya’ dalam lift. “Telur rebus kedai mamak, tak mahal cuma lima puluh sen sebiji jer…” kata mamat tu selamba sambil meninggalkan kedua2 perempuan yang mula2 muntah di dalam lift itu…



Selasa, 10 Mac 2009

Tag

Huhuhu first time kene tag…

Ku fikirkan aku kebal blog tanpe tag

sungguh brani kamu ya miy..
akan ku sahut cabaran mu ini….
Ditag oleh :: MiY


TANDA

1.Tanda2 kamu badmood?
~hehe aku mule la cari slh org…muke da masam cm tertelan botol cuka

2.Tanda2 kamu marah?
~cm xngat je..tp mule2 thn marah tapi ble meletop 1 rumah bergegar dgn amukan ku
~nangis pun ade…

3.Tanda2 kamu sinting?
~hehe xpasti la

4.Tanda2 kamu malu?
~Hehe aku tepuk org trus nk cover malu atau aku buat muke xmalu( slumber je)

5. Tanda2 kamu sedang cemburu?
~mule2 aku trase je dlm ati
~aku komen2 negatif pd org yang aku cemburu…hehe cari psl beb!!!(pdn muke sape suruh wat aku jeles lg)
~last2 aku wt tanye pelik2 kt bf aku…(tp aku pyh nk ngaku aku ni jeles dpn org)

6. Tanda2 kamu sedang sedih?
~Muke aku berubah menjadi raksasa gogon lgsg xsenyum(w/pun raja lawak buat klaka)

7. Tanda2 kamu tengah gumbira?
~Hahaha aku senyum sorg2..atau sakat adik2 aku



APA

1.Apa warna baju yg kamu pakai sekarang?
~puteh bunge kuning

2.Apa kah kamu termasuk orang yang suka shoping?
~suke sgt…tp ade duit je la

3.Apakah kamu percaya love at first sight?
~percaya….

4.Apa yg ingin kamu lakukan skrg?
~Nak sambung keje

5. Apa rasa di hati kamu saat ini?
~ati aku nk beres kan keje2 yg susah ni



BILA

1. Bila pertama kali kamu dilahirkan ke dunia?
~10.02….

2. Bila saat terindah dlm hidupmu?
~Bila aku tau org yg aku impikn menjdi bakal suami…
~Telah lama admire aku…gumbira nya aku

3. Bila kali terakhir dimarahi ibubapa ?
~baru je semalam mak aku mrh..(hehe pasal aku ngamuk kat adik aku)

4. Bila kamu akan married?
~ble jodoh da sampi



BAGAIMANA

1. Bagaimana jika ada org yg buat kamu sakit hati?
~aku diam je la..tp klu xthn akan ku maki tanpa segan silu

2. Bagaimana kalau ada org cakap kamu lawa/hensem?
biase je tu… puji ade makna kkdg..

3. Bagaimana jika ada teman kamu, meninggalkan kamu?
~Tinggal ek..aku xkan cari de pun..rame nk kwn ngan aku..

4. Bagaimana jika ada org yg tidak suka sama kamu?
~bia la x sume org suke aku..

5. Bagaimana kalau ketika kamu bgun, kamu dikelilingi api?
~aku mengucap pnjg n tawakal je…

6. Bagaimana jika kamu keseorangan
~Huhu mak tlg….



SIAPA

Siapa aku nak tag?
~Generasi malaysia
~kipas
~cik yana
~amoi
~lulu
~tawfick

Jumaat, 6 Mac 2009

Anak LElaki MAnje dan kURang BErdikari

TAjuk ni Mungkin di alami oleh
sesetgh anak perempuan yang trase dgn Family dorg
psl anak laki manje ngfan mak..
anak pompan lak manje ngan ayah..
Ade lagi statement anak laki kurang membantu family selepas mereka kahwin..
da la sebelum kahwin kuat bodek mak..
pas kawin terus x tlg family..
dan Anak2 Gulz gak yang bantu Parents Dorng..
Psl Dorang ni lebih syg Family..
Anak laki tu plak Duit xde sebab takut bini..
Duit kene contol..

from...gurlz gurlz yang cakap..
(dari pengalaman kwn2 cik nona)

Soal Jawab Guru dan Sin Chan...

Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y-A"
Guru: Bukan, Salah tu.

Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya saya macam mana saya
mengeja nya, itu lah yang saya eja !

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana
Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia
yang tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa
Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada
10 tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakait yang di sebabkan oleh
gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigit serangga.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-**-*-*-*-*

Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu
berlaku
secara kebetulan?"
Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama,
pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai ni, satu warna
hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan
kerana terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur
adakah awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya
tahu ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti
yang di karang oleh Adik awak. Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu , ia hanya lah anjing yang sama!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti
bercakap tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!*


hehe senyum pagi tok semua...

Selasa, 3 Mac 2009

MAcam mANE nK kuRUS..

SALAM...
ciK NONA aDE prob..
sejak 2 3 tahun ni...
keberatan cik nona bertambah2..
mybe kuat mkn...
tapi da kurg mkn pun ..
berat tetap same je..
adakah kene sindrom pengembangan bdn..
huhu...
pe yang cik nona leh wat tok
atasi prob ni...sungguh merumitkan..
nk kate kene penyakit x
apatah lagi suntik kn ayam..
x gak...
azam taun ni nk turunkn berat
nk turun 5 kg pun ok



PEringatan KEmatian

Satu Pesanan Buat Semua Umat Islam

Assalamualaikum, Daripada Sheikh Ahmad - Madinah, Saudi Arabia, pada suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasullullah s.a.w . selepas hamba membaca lalu tertidur dalam tidur, hamba bermimpi Rasullullah s.a.w. mendatangi hamba lalu bersabda:

dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini, tak seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman. mereka terdiri daripada:
1. Isteri tiada mendengar kata-kata suami,
2. Orang kaya tidak lagi bertimbangrasa kepada orang miskin.
3. Ramai yang tidak berzakat dan tidak lagi berbuat kebajikan.

Sampaikan kepada orang-orang Islam ini, supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan akan tiba di mana:
1. semua bintang akan terbit dari langit, sesudah itu pintu langit akan tertutup.
2. tulisan dalam Al-Quran akan hilang.
3. Matahari akan turun di atas kepala.

Pesan Hamba :
1. berselawatlah untuk junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w
2. bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka.
3. janganlah derhaka kepada ibu-bapa.

Hadith Muslim