Rabu, 11 Mac 2009

Senyum - MInyak Wangi Spesel

Minyak Wangi Istimewa.
Di satu pagi waktu pekerja masuk ke pejabat. Ada seorang MAmat masuk ke dalam lift untuk naik ke tingkat lapan sebuah bangunan. Sampai ditingkat 1, masuk seorang gadis cun lalu menyembur minyak wangi ke tubuhnya . “Ini minyak wangi mahal tau, jenama Beverly Hills, RM400 sebotol,” katanya dengan sombong.

Mamat tu bengang giler. Apabila tiba di tingkat 3 , masuk pula mak datin, juga menyemburkan minyak wangi ke tubuhnya . “Minyak wangi Veninza dari Itali berharga Rm1000 tau sebotol,” kata mak datin lagi angkuh. Sampai tingkat 8, pintu lift terbuka dan mamat tadi bersedia untuk keluar lift. “Proooottt!!!!!Sebelum keluar mamat tu sempat mengeluarkan ‘gas aslinya’ dalam lift. “Telur rebus kedai mamak, tak mahal cuma lima puluh sen sebiji jer…” kata mamat tu selamba sambil meninggalkan kedua2 perempuan yang mula2 muntah di dalam lift itu…



3 ulasan:

GeNeRaSi MaLaYSia berkata...

hohoho..
jgn diamalkan dimemane sdh r..
leh pengsan wooo..
kalu kene perfume cap ni..
lvh krg gas beracun gk tau..
hohoho..

nonna manis berkata...

hehe tau xpe incik GM

Monkey D Luffy berkata...

haha... padan muka...

Hadith Muslim