Khamis, 19 Mac 2009

bila isteri dah tak cantik...

SALAM sejahtera.
hhhmmm nak post beberapa kisah kehidupan selepas kahwin...bukan la nak menyalahkan sesiapa cume sekadar renungan sahaja. yang tak baik di jadikan sempadan diri kite..yang baik kita leh la contohi kisah ibu muda..kisah ni cik nona dapat dari ruangan luahan wanita di majalah wanita..

Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri...
Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki,renung2kanlah.

Pembaca Semua,
Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.


Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa. Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan, tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah,anak2. Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.


Pendapat Saya :
Penting di sini kita memahami erti perkahwinan.
Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan
bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwian adalah sebahagian kita mencari
keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan
juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah..

Insya'Allah.

10 ulasan:

Kapten Luffy berkata...

TIME BERCINTA MEMANG SEMUA MENARIK...

Jika ada jodoh dengan 'wanita muda' tersebut... rasanya LETERAN PUN SAMA... :)

cikNiarun berkata...

huu..harapannya x semua lelaki mcm suami pompuan tu..


huaa~
takutnye nak kawen..belom kawen pon dh xchantek~

:: Lya Zara :: berkata...

kejam punye suami!
mcm la die bagus sgt!
eiii...
takutnye....
takut nak kawen!
[wahal da bertunang neh]

nonna manis berkata...

monkey D luffy>>>
mmg la gulz tu xjg penampilan..tp de pun xsempat nk wat sume tu...
nk keje lagi..nk jg anak..
so kene la bertolak ansur gak la suami tu

nonna manis berkata...

nurain...
mmg bukan sume laki cm tu...
tp benci tgk laki nk yg cantik je..
sedang kn diri x sehebat mane

nonna manis berkata...

liya>>>>
hhhmmm yela lia takut nk kawin tp kalu da bertunang tu doa2 mintak di jauhkn dari sikap bakal suami sebegitu

Kipas berkata...

soklan disini...smpi bile kecantikan 2 buleh bertahan??

huh... pertama kali tgk... panjang kaw2 text nyer... cm malas lak...
tp.. bile dah bc... rase cm pendek lak...

nonna manis berkata...

kipas>>>>
soklan di jawab tu manusia yang bersifat materialistik saja yg mengagungkan kecantikan yang xkekal lame...
org kate yg cntik tu jht (kebykan nye)
yang hensem tu sume kasanova..(org kate la)

Ryehanna berkata...

huh... mintak simpang..takutnya kalau dapat lelaki mcm tu. moga dijauhkan oleh Allah...

btw, ni first time smpai blog ni. Thanx for sharing this story,nona manis.. teman memang jarang bace2 majalah ni sume. ;)

nonna manis berkata...

ryehana>>>
in real life mcm boleh berlaku..
hati manusia mmg cpt berubah..mintak2 di jauhkan yea...

Hadith Muslim