Jumaat, 28 Ogos 2009

CERITA YANG TERAMAT SEDIH

cerita sedih bila lif rosak
Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas, mereka pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi.

Si A: Macam mana ni... rumah kita atas sekali pulak tu?

Si B: Aduhhhh... bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke?

Si C: Aku rasa, baik kita panjat tangga aje... kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik..

Si A: Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih saja, sebab kalau kita buat cerita lawak, kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa. Biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, jadi mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. Si A mula bercerita.

Si A: Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku. Aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku... bla bla bla bla bla...

Punyalah sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh-leleh air mata, sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata, kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita.

Si B: Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalam kemalangan jalan raya. Aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada masa tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang... bla bla bla bla......

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih... punyalah lama si B bercerita, sedar tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat saja lagi. Sambil melangkah memanjat tangga ke tingkat 56, si C mula menyampuk.

Si C: Alaaaaaa... korang punya cerita tak sedih lagi. Cerita aku lagi sedihhhh punya.

Si A: Kau ada sejarah hidup sedih juga ke?

Si C: Emmmm... mungkin hari ini dalam sejarah...

Si B: Cerita aje le... kita dah tinggal 4 tingkat je lagi.

Si C: Aku sedih kerana... KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA....




Rabu, 26 Ogos 2009

KUIH Kuih Raya

Salam semua..
Cm ner mood ramadhan kali adakah ceria atau kurang gembira...
Ceria sebab tahun ni dapat bonus ke duit raye lebih ke..
Atau msh lagi berkira2 duti kalu x cukup duit raya..persiapan raya yang kurang ke..
macam2 time raye ni nk kua..kuar duit la base nye kn..hehe nona teka jer..

Walaupun pelbagai mood raya ni..raya tetap raya Beb..tol x..janji dpt jumpe saudara mara atau berkumpul sanak saudara..tu la da cukup puas atau heppy...pasal nk jumpe slalu mmg pyh..kn

This entry nona nk tunjuk kuih2 raya yang terhangat kat pasaran..jom la oder sebelum terlambat...






Nampak sedap je name Biskut White Coklat - RM 23.00 for 50 biji



Biskut tart NEnas RM23.00 for 50biji...mai la try.





then yang ini..sape xkenal..biskut Almond London..Rm22.00 for 50 biji



Yang ni Biskut Koko RM22.00 tok 50biji. Sedap tau rugi kalu x try...

kepada sesiapa yang minat
leh contact nona..
012-9505836

Pembayaran melalui CIMb Bank Berhad atau Maybank Berhad
Sila buat pembayaran dahulu..kemudian Kuih akan di pos kan..

Selasa, 25 Ogos 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'.

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,

apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat..

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak disengaja

maupun yang disengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan

dirahmati Allah S.W.T, I nsyaallah.


Rabu, 19 Ogos 2009

Dahlia- Semprit & Biskut Arab suji

Selamat petang..Biskut raya lagi..Mari tengok

Biskut Raya SEMPRIT DAHLIA


Semprit dahlia







100pcs = RM35
50pcs = RM18

Biskut suji atau Arab

~

100pcs = RM35
50pcs = RM18

~DIJAMIN SEDAP!!!!!!


Terms & Conditions for BISKUT RAYA ordering:
~LAST delivery of biskut raya will be 3 weeks before raya
~Tempahan selepas raya juga di alu-alukan

Penghantaran
~akan di change mengikut rate pos laju atau courier..jika beli 250biji penghantaran adalah percuma…


Jika Berminat??

Emailkan order anda ke:

Subjek: (nama biskut)
Nama:
No tel:
Biskut & Quantiti:
Delivery Date:
Delivery Place: COD/ PosLaju/ courier/ pos biasa



Selasa, 18 Ogos 2009

Tempahan Biskut Raya Special..

Assalammualaikum kepada sahabat penulis blog..

Sempena raya yang bakal menjelang ni..Nona ade buka tempahan kuih raya..Aneka biskut yang bakal Nona posting...

Today Nona nak lancar produk kuih Tart Nenas..




Kepada sesiapa yang berminat boleh la contact Nona di no >>
012-9505836
ym id >> aizey_gpah@yahoo.com.my














1 Balang kecil 50biji = RM18.00
2 Balang besar 100 biji..RM35.00




Yang ni Tart bentuk Nenas...nyammm sedap...harga same jer...




Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan mestilah selewatnye 3 minggu terakhir bulan puasa..supaya barang dpt sampai sebelum hari raya...

Pembayaran melalui Maybank atau Cimb Bank Berhad..

P/s = jika beli byk dpt special price tau


Sabtu, 15 Ogos 2009

Gadis ditemui mati dijerut, diikat


Kisah gadis ni amat menyeramkan terutama kepada budak2 sekaloh yang nk meningkat remaja. So ibu bapa perlu la beri perhatian yang serius pasal nye budak zaman susah nk jaga..

banyak pengaruh tgk la kat Malaysia je..1 hari lebih 10 org akan terbunuh..Masya Allah banyak nye yang terkorban sia2..tu lom lagi kes H1N1...haram 1 najis 1..(dari blog Faarihin)

so nona Ade tempek kn news dari berita harian today..same2 la kita fikir kan..ape la yang kite leh bantu sebagai rakyat malaysia tok prevent kes jenayah yang semakin2 menjadi2.
Adakah Penjenayah ni xtakut Polis..Atau dorang ade link kuat nk elak kene tangkap..

renung2kn...




KUANTAN: Mayat seorang gadis dengan lehernya dijerut dengan tali kasut dijumpai di kawasan belukar di KM11 Jalan Genting Highlands-Bentong, dekat Bentong, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Rosli Abdul Rahman, berkata mayat gadis berusia antara 16 dan 24 tahun itu ditemui kira-kira 50 meter dari jalan raya dalam keadaan terlentang dan kedua-dua tangannya juga diikat dengan tali kasut.
xxxxxxxxxx.

Beliau berkata, gadis itu mempunyai ketinggian 153 sentimeter dan ketika ditemui lengkap berpakaian kemeja-t putih jenama Polo, seluar jeans lembut biru, tali pinggang merah dan biru serta stokin merah jambu.

"Tiada pengenalan diri ditemui. Ketika ditemui, bahagian pinggang ke atas mangsa sudah reput teruk dipercayai dimakan haiwan," katanya.


- Bernama




xtau la sape yang harus dipersalah kn tentangb berita ini..
mybe kedegilan gadis tu xmau dgr kate parent..lari dari rumah ikut jantan..
last2 kene rogol bunuh..isy Nauzubillah la kn..


same2 la jage anak2 adik2 perempuan..ibu2 dan nenek2 pun xlepas dari ancaman rogol..
pasal nye nafsu xmengenal umor ..

Jumaat, 14 Ogos 2009

Blog Yang tidak berupa Blog...

Hidup segan mati tidak Mahu..

begitu di ibarat kn my blog kot..


huhu sikap kemalasan melampaui batasan lak..
sebab2;

1. ilang punca(hehe xde idea)
2. Ade idea tp xtau cm ne nk susun idea jadi tmbah menarik.
3. sikap aku kot mls thp gaban huhuhu...
4. nk buat yang best tp xtercapai..
5..so pengajaran rajin2 la menaip baru la kua idea2 yang bernas tue..







Isnin, 3 Ogos 2009

mampukah aku

salam pagi isnin...
memandang ekonomi yang kian meruncing ni...
aku terlalu frust la..
gaji pun asyik lmbt jer..apa la salah aku..di buat begini..ntah la geram n marah pun cm xgune...berdoa je la...
aku memang da jangka perkara begini akan terjadi..tp aku seakan tidak mampu nk cari alternatif lain..iaitu side income,,aku tgk org buat sume berjaya..tp aku pyh nk menjadi wat mlm..





haruskah aku berserah..coz kalu aku bertindak pake air liur pun xgune..nk berniaga kene ade modal..tp kalu just ckp2 mkn je..cm ne la aku leh jd cm ni..adakah telalu merancang..atau terlalu boros..coz hampir 30% aku simpan...
ntah la aku mmg frust...




Sabtu, 1 Ogos 2009

Hepy friendship day...Kamu dan dia


Foto Kenangan my friend kat Kemensah...
best sgt saat ni...

friendship forever

MALAM TADI KAMU DAN KAWAN BAIKMU BERTENGKAR.

KAMU MEMBUAT KEPUTUSAN TAK MAHU BERCAKAP DGNNYA KEESOKAN HARINYA.

DIA SENYUM KEPADAMU.SEBALIKNYA KAMU MENGETAP GIGIMU KPDNYA.

DIA MENCERITAKAN PERKARA YG BAIK TENTANG KAMU KPD KWAN2NYA YG LAIN.

KAMU PULA MENYEBARKAN KHABAR ANGIN MENGENAINYA.

DIA CUBA MENDEKATIMU DAN MENEGURMU.

TAPI KAMU TOLAKNYA KE TEPI.



BAGINYA KAMU SEORG KAWAN YG TERBAIK.

KAMU PULA RASA DIA SEORG KAWAN YG PALING TERUK PERNAH KAMU JUMPA.

DIA PUN MENULIS NOTA KPDMU DAN MENCERITAKAN SEMULA KENANGAN MANIS YG
PERNAH KAMU DAN DIA KONGSI BERSAMA.

KAMU PULA MENULIS SEMUA SAAT BURUK YG KAMU INGAT SEPANJANG BERSAMANYA.



JAUH DI SUDUT HATIMU KAMU MENGASIHANINYA. TAPI DI HATIMU SUDAH PENUH
DGN
KEBENCIAN.

KEESOKAN HARINYA KAMU JUMPA SATU NOTA DRPDNYA:

DEAR_________,
SAYA CUBA MEMBERITAHU KAMU SEMLM TAPI KAMU TAK BERI PELUANG UTK SAYA
BERCAKAP. SAYA CUBA BERITAHU KAMU BERITA GEMBIRA TAPI KAMU TAKUT UTK
MENDENGARNYA.SAYA CUBA UTK SENYUM KPDMU TAPI KAMU SAMBUT SENYUMAN SAYA
DGN KEBENCIAN. SKRG NI KEADAAN SAYA SGT TERUK DAN MAKIN TERUK.

SAYA MINTA MAAF SBB HARI NI SAYA TAK DPT BERJUMPA DGN KAMU.
SAYA TULIS SURAT SEMASA SAYA DI HOSPITAL.SAYA SUDAH KESUNTUKAN MASA.
SAYA MINTA MAAF SBB TERPAKSA BERITAHU KAMU SKRG.
SAYA MINTA MAAF ATAS PERGADUHAN KITA,KAMU MMG SEORG KAWAN YG HEBAT.
SAYA JANJI SAYA AKAN SENTIASA MEMERHATIKAN KAMU.

SALAM KASIH SAYANG,

________________

KAMU PUN BERLARI KE HOSPITAL UTK MEMINTA MAAF PDNYA.

TAPI HANYA IBUNYA SAJE YG ADA DI SITU.

IBUNYA MENEKAP MUKANYA DGN KEDUA BELAH TGNNYA.

DAN DIA PUN MENANGIS.DIA MELUTUT DAN BERDOA SUPAYA TUHAN KEMBALIKAN
ANAKNYA.



KAMU SUDAH TERLAMBAT.
KAMU BERHARAP DPT BERITAHU KAWANMU YG KAMU MINTA MAAF DAN UCAPKAN
SELAMAT TINGGAL.

PENGAJARANNYA:

SEMUA KAWAN ADA MASA NAIK DAN TURUN.DAN KADANGKALA KAMU PERLU MEMINTA
MAAF.JGN TUNGGU ORG LAIN MELAKUKANNYA DULU.SBB KAMU TAKKAN TAHU APE
AKAN
TERJADI ESOK HARI.

KALAU KAMU BENAR2 SYGKAN KAWANMU DAN SANGGUP BERKAWAN HINGGA NAFAS
TERAKHIR,TOLONG FORWARDKAN EMAIL INI DAN TUNJUKKAN PDNYA YG KAMU
BENAR2
MEMPUNYAI HATI DAN PERASAAN.

Hadith Muslim