Apabila anda menemui seseorang yang terlalu lemah untuk tersenyum, berikanlah senyuman anda kepada dia, kerana orang yang memerlukan senyuman adalah mereka yang tidak dapat tersenyum.
Khamis, 18 Jun 2009
"Cap Ayam"
INSIDEN keruntuhan bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong masih tidak akan luput dan menjadi sejarah MAlaysia. Selain ulasan dan pandangan pelbagai pihak masih diberi liputan lewat media cetak dan elektronik.
Ia diakui pelbagai pihak sebagai isu besar dan menggemparkan. Sebab-musababnya sangat banyak. Pertama kerana kehadiran stadium itu terlalu hebat digemariuhkan, terutama oleh kerajaan , sebermula tercetusnya idea pembinaannya sejak tahun 2004 lagi.
Kedua: Liputan media mengenai pembinaannya agak menonjol. Kos pembinaan stadium itu dikatakan RM292 juta. Ia memuatkan kapasiti penonton sejumlah 50,000 orang. Selain menempatkan padang bolasepak, ia juga menyediakan gelanggang tertutup untuk prasarana boling dan skuasy.
Banyaknya TER ...
Uniknya, ada beberapa "TER ..." yang dimiliki stadium itu. Antaranya penggunaan spesifikasi TERmoden, TERkini dan berteknologi tinggi dalam pembinaanya.
Ia merupakan stadium pertama di Pantai Timur menggunakan rumput TERmoden dikenali sebagai 'cow grass'.
Sejarah lebih membanggakan bagi Terengganu ialah apabila SSMZA dikatakan stadium pertama di Asia menggunakan sistem bumbung tanpa kolum (space frame structure), yang mana kesemua 134 meter bumbungnya dibina tanpa tiang sokongan. Hebat! Hebat! Kalah semua stadium di Jepun, Korea mahu pun China. Tak usah disebut Thailand, Singapura atau pun Laos!
Ketiga, sebaik siap, stadium itu menjadi gelanggang utama temasya sukan tahunan yang paling berprestij dalam negara. Sukan Malaysia (Sukma) 2008 berpusat aktiviti utamanya di SSMZA. Maka cerita dan gambar pelbagai sudut stadium yang baru siap dibina itu memenuhi tidak sedikit ruang media dan turut menerobos ruang minda rakyat.
Keempat, lokasi kompleks sukan itu yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) menyebabkan ia menjadi tumpuan untuk tujuan lain. Bermula musim haji lalu stadium tertutup bersebelahan SSMZA dijadikan tempat para hujjaj berhimpun sebelum bertolak ke tanah suci dari LTSM.
Sudah banyak aduan
Selaku ketua kerajaan negeri, Dato' Ahmad Said menjadi orang paling "panas telinga". Beliau mendedahkan telahpun beberapa kali memberi amaran kepada pihak bertanggungjawab mengenai kebimbangannya atas tahap keselamatan bumbung stadium itu. Malah, katanya, kerosakan itu telah pun beliau sedari sejak hari perasmiannya pada 10 Mei 2008 lalu.
Ahmad juga mempersoalkan ketelusan cadangan dan kelulusan daripada juruperunding yang memeriksa struktur stadium berkenaan kerana mereka dilantik pihak kontraktor. Sedangkan pada pandangannya pemilihan itu sewajarnya diputuskan Jabatan Kerja Raya (JKR).
"Konsultan yang buat pemeriksaan ini dilantik oleh kontraktor sendiri. Macam mana konsultan itu nak buat pemeriksaan terperinci (termasuk menolak apa yang dibuat kontraktor) sebab dia pun dibayar oleh kontraktor? Sebab itu struktur bangunan seperti ini perlu diperiksa oleh juruperunding bebas," Ahmad meluahkan rasa tidak puas hatinya.
Ungkapan itu bagaikan tidak cukup memuaskan baginya menerangkan perasaan bengangnya atas insiden memalukan itu, menyebabkan beliau tidak segan melabelkan pihak terbabit sebagai 'cap ayam'.
"Sebab itu sekarang ini banyak kita tengok projek yang tak berjalan dengan sempurna kerana konsultannya 'cap ayam'," Ahmad menzahirkan keperibadiannya yang sebenar.
Istilah 'cap ayam' adalah antara label yang laris digunakan di Terengganu. Ia bermaksud koman, tidak berkualiti atau tidak professional, malah tidak boleh digunapakai.
Bagaimana pun, sepertimana diakuinya sendiri bahawa kelemahan dan kerosakan pada binaan stadium itu telah pun disedarinya sejak tahun lalu, mengapa beliau sendiri mengambil masa terlalu lama memastikan ia diperbetulkan?
A
pakah label 'cap ayam' itu tidak wajar turut diberikan kepada kerajaan ….. yang seolah-olah tidak berupaya mengarahkan tindakan segera jabatan, agensi dan semua pihak terlibat dengan projek itu memperbaikinya?
Jika konsultannya dikatakan 'cap ayam', kontraktor yang melantiknya juga 'cap ayam'. Maka bukankah ………….. yang memilih kontraktor itu juga 'cap ayam'?_
sumber : Harakah Daily 5 jun'09
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan