Rabu, 27 Januari 2010

Kepala babi dilontar di dua masjid


berita yang sungguh menggemparkan dan menyedihkan
Apabila Dua masjid di Kg MEdan dan Sri sentosa di baling Kepala Babi HUtan

kejadian ini berlaku dekat dgn kawasan umah nona..tkt rs nye akibat yg mungkin berlaku selepas ini...

ini Adalah laporan dari Malaysia kini




TERKINI dikemaskini 11:05am Kepala babi dikesan dilontarkan di dua masjid sekitar Jalan Klang Lama, di ibu negara, hari ini.

Kepala babi berkenaan dijumpai di masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan di masjid Taman Sentosa.

Insiden itu merupakan yang terbaru perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.

Serangan ini dipercayai ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God'.

Menurut saksi, dua kepala babi dijumpai oleh jemaah di perkarangan masjid ketika datang hendak menunaikan solat Subuh pada jam 5.30 pagi.

Selain kepala babi, 30 keping wang seringgit juga ditaburkan di kawasan masjid itu.

Menurut wartawan Malaysiakini, yang berada di lokasi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pegawainya sedang menyiasat kawasan kejadian ketika ini.

4 ulasan:

Naz berkata...

harap2 perkara ni dpt diselesaikan dgn cara aman... amin...

Bro Framestone berkata...

he...23x kawasan panas tue huhuhu....

BroFramestone Blog

nonna manis berkata...

Naz : tu la harap perkara tidak berpanjangan

nonna manis berkata...

framestone >.
hehehe mmg kawsan panas pun..kawsan umah nona tuh

Hadith Muslim