Selasa, 31 Mac 2009

Nak Demam


Today my mood is down..
huhuhu bgn2 pagi cm skit tekak
tande nk sesema
bdn seram sejuk..
huhuhu...
cik nona tgk adik2 cik nona yang demam pun blum kebah
tp cik nona plak nk kene rini
huhu
xnk demam lg
byk keje xsetel lagi ni


xbest nye kene sakit...
huhuhu

Bukan Sekadar Jenaka


Dalam satu kejadian yg agak susah nak
diterima akal, iaitu sebuah kapal
terbang telah mengalami kerosakan
enjin dan sedang menjunam hendak
terhempas, terdapat 5 org penumpang di
dalamnya tetapi beg parachute
kecemasan hanya ada 4.Antara penumpang
yg berada dalam kapal terbang tersebut
ialah Hafiz Hashim],George W Bush ,
Hillary Clinton, Osama Laden dan
seorang kanak-kanak kecil

Berkata laa penumpang pertama, "Aku
Hafiz Hashim. Malaysia perlukan aku.
Kalau aku tadak,mcmmana nanti Malaysia
nak menang All England lagi?". Lalu
dia mengambil beg pertama dan terus
terjun.

Penumpang kedua pulak berkata, "Aku
Hillary Clinton, bekas wanita pertama
US. Aku seorang yg paling bercita2
tinggi dan aku juga senator New York.
Aku juga berpotensi nak jadi seorang
President". Dia pula mengambil satu
beg dan terusterjun.



Penumpang ketiga menyampuk, "Ahh...
aku President US! George W. Bush. Aku
ada negara yg kuat. Tambahan pula,
akulah President
yg terpandai dlm sejarah US. Org
Amerika mana yg hendak melihat aku
mati? "Dia terus menyentap satu beg
dan terus terjun.

Penumpang keempat, Osama Bin Laden
berkatakepada penumpang kelima,
seorang budak berumur 10 tahun, "Saya
seorang Muslim dan saya berserah kpd
Allah utk menentukan hidup dan mati
saya. Adik
ambillah beg parachute yg terakhir tu".

Budak 10 tahun itu menjawap, "Jgn
bimbang. Ada satu lagi beg parachute
utk pakcik. President terpandai dalam
sejarah US tu terambil beg sekolah
saya".

p/s:sebelum mkn basuh ler tangan...huhuhu

Isnin, 30 Mac 2009

Benar kah anak sulung ni Ego???

Salam hari isnin>>.

Tajuk yang nona nk kongsi adalah sifat2 anak pertama...
Benar kah anak sulung ni Ego???

Sis Nona ni anak sulung tp nk kate ego x kot cume gile kuasa sikit kot hehe..
but ape yang nona phm anak sulung ni xleh di tegur oleh adik2 nya..
coz de rase de xptt ditegur maybe sebab de lebih besar..
atau sebab de tu takut maruah nya tercemar..
ape pun sebenarnya setiap tindakan seseorang itu mestilah mempunyai sebab kan..
x gitu..


So kepada sesape yang leh jwab soklan nona ni..adalah di alu2alu kan
hehehe

Rabu, 25 Mac 2009

Kajian sains: Solat rawat penyakit kritikal

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas -
Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.
Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.
Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.



"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,� katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.


Hadith Muslim