Jumaat, 15 Mei 2009

XKering Gusi kot..Teka TEki

Dalam byk2, Kain apa yang paling berat di dunia?

* = Kain songket cap Gajah Duduk

Soalan matematik, 2 apek tolak 1 nyonya jadi apa?

* = Jatuh la nyonya tu...

Ibunya satu, anaknya beribu, apa dia?

* = Penyapu

Kalau 1 + 1 = 2, jawapan lain dia apa?

* = Jawapan lain salah la...

Ibunya diurut, anaknya dipijak.

* = Tangga

Pokok apa bila manusia nampak dia lari?

* = Pokok nak tumbang la...

Lagu apa yang semua orang di dunia ini boleh menyanyikannya?

* = Lagu 'Happy Birthday'

lagi....

Air apakah yang paling berani sekali?

* = Air terjun

Sungai apa yang paling kurus di dunia?

* = 'Slim River'

TEKA TEKI LAWAK

Sungai apakah yang tiada air?

* = Sungai di dalam peta

Buah apa bila dia masak dia timbul?

* = Buah Melaka

Kalau semua manusia jadi ikan, ikan jadi apa?

* = Jadi banyak la...

Apakah persamaan antara ikan kod dengan kod gitar?

* = Kedua-duanya boleh digoreng

Ikan apakah yang mempunyai ketiak?

* = Ikan duyung

Ha... cuba teka....

1) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

2) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

3) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

4) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

5) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

6) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

7) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

8)Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan

Jawapannye.. ....

1) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah

2) MILO AIS

3) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh. sebab tulah dia angkat
sebelah aje.

4) lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada
'game' dia padam

5) Semut yang matanya BENGKAK

6) Motorsikal.. ....sebab dia pakai tongkat

7) kambing binatang

Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan
nama BAKAR

3 ulasan:

Bro Framestone berkata...

he..23x bro dok gelak2 dgn budk ofis nie

Bro Framestone berkata...

out of topic--> ops die punye pendapat berbeza tul la.. tp mmg ternampak pun..sebab dorg xdibenarkan khwin tue yg sanggup xkhwin pun xpe..asalkan dapat rase..

knpe la kite xikut je cam dulu ek.. nk konkong remaja kite..jangn sampai satu tahap org pun dah malas nk khwin...

nonna manis berkata...

Framestone...

pendapat just berbeza..tp kite kene tau nape dorg wat cm tu..xsume nk wat cm tu..maybe dorg xpk panjang time bermesra..sehingga di pndang jelek org sekeliling..

Hadith Muslim