Rabu, 13 Mei 2009

Istak “BIR Halal ke?”


SATU PERKARA YANG MENARIK PERHATIAN masyarakat Melayu…Dan telah menjadi pertikaian beberapa pihak sama ada air jenama Istak bir HAlal yang baru di pamer kan di MIHAS 2009. Membuat kan kekeliruan tentang air itu n perbezaan dengan arak…




Petikan dari utusan
KUALA LUMPUR 12 Mei - Penggunaan istilah bir halal bukan sahaja mengelirukan, malah menyakitkan hati umat Islam, kata Timbalan Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Salleh Ahmad.
Menurutnya, penggunaan istilah tersebut memberi maksud yang buruk dan boleh menimbulkan syak serta prasangka buruk bagi umat Islam yang meminumnya.
''Pihak berwajib harus mengambil tindakan segera agar isu tersebut tidak dimanipulasikan oleh pihak yang hanya memikirkan kepentingan untuk diri sendiri,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaei Ahmad berkata, istilah bir tidak wajar digunakan kerana ia sinonim dengan benda yang memabukkan.
"Istilah bir halal tidak boleh digunakan kerana ia seolah-olah memberi gambaran bahawa umat Islam menggemari arak,'' katanya.
Baru-baru ini, Istak, sejenis minuman malt yang disahkan 100 peratus halal tanpa alkohol diperkenalkan di Pameran Halal Antarabangsa 2009 (Mihas 2009).
Sementara itu, Pensyarah Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Petaling Jaya, Dr. Azhar Yaakob berkata, istilah bir memang tidak sesuai digunakan bagi benda atau makanan yang halal.
''Perkara ini bukan sahaja mengelirukan tetapi dalam ajaran Islam itu sendiri melarang kita daripada menggunakan istilah-istilah yang tidak baik,'' katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Shaani Abdullah menjelaskan, penggunaan istilah tersebut tidak seharusnya dipandang ringan.
"Penggunaan istilah itu seolah-olah salah satu cara halus untuk menghakis nilai dan kesucian Islam itu sendiri," katanya.

So di harap pembaca boleh beri komen tentang isu hangat ini…
Bagi Nona tiada name lain ke yang dorg leh letak selain name bir…da tu leh letak HALAL...Boleh Menyinggung Hati Umat Islam..Walaupun Istak itu Halal tanpa alcohol sahaja…







15 ulasan:

chi_Ra berkata...

Btul la nona..memang mengelirukan...
mmg tak patut pun bubuh nama bir tu..
lagi pun apa yg chira tau..kalau kita minum air apa pun tp kita berlakon mengganggap tu arak...tu ttp dosa umpama minum arak...tak tau la...waallahualam...

nonna manis berkata...

tu la nona sungguh beremosi..macam mane produk menyerupai nama arak tu boleh di d pamer kan dgn bangga nye..di mana nilai2 negara islam...panas tol ati ini..pengelola mihas tu xtau ke mane patut n mane yg xppt di pamerkn kn...tau nk untung je,,,

Atan berkata...

bir? itu minuman orang barat.. walaupun halal..tidak kah mengelirukan.. nanti bebudak ingat bir halal .. dia pun tonggang.. bir atau arak punca segala kejahatan

nonna manis berkata...

Atan ----
tu la manusia bile nk cari kelainan dan nk cari untung je semata2 mcm2 idea...sampe xtau nk beza kebaikan dan keburukan

boboiz berkata...

skrg nie perkataan halal digunakan untuk berleluasa oleh pihak anti islam...byk produk yang haram pon dicopkan halal....

boboiz berkata...

skrg nie perkataan halal digunakan untuk berleluasa oleh pihak anti islam...byk produk yang haram pon dicopkan halal....

nonna manis berkata...

boboiz>>>
begitu la apabilaundang2 islam x di jln kn dengan sebaik nye...
eksplotasi HAhal telah berleluasa

Framestone berkata...

asalkan ianya tidak memabukkan tetap dianggap halal..

lg satu kte perlu ingt bahawa bir tue pun di buat dari sesuatu yg halal

░♥si lampu neon♥░ berkata...

ade tande halal..aku da try minum. yuks!halal ke haram ni?

nonna manis berkata...

Framestone>>>
dari segi bahan mungkin halal dan tidak memabukkn...tetapi nape nk sgt minum air menyerupai arak..xde air lain ka?

nonna manis berkata...

Si Lampu Neon....
kalu da minum tu kene yakin je la

Framestone berkata...

taktik marketing.. taknik cari publisiti murahan..

tp mybe dgn cara ini dapat menarik mereka yg asalnay mmg kaki arak.. try minum air yg halal

-WaN- berkata...

baik tak payah buat bir halal.mengelirukan jer..

tp bir halal ni mmg halal..

sebenarnya bir halal ni mendatangkan idea kat kilang carlsberg di shah alam.diorang dah buat bir halal gak,nanti akan dipasarkan kat Arab.

sebab nya?sebab bir halal ini dibuat di tempat sama bir haram dibuat.jd tak dapat tanda halal di M'sia...

nonna manis berkata...

Framestone>>>
sy paham dorg just nk tarik perhatian..maybe bg dorg arak halal buat org malaysia suka le tu..sengal...

nonna manis berkata...

Wan >>.
mmg bir halal mengelirukan je..wat org jadi marah seolah2 arak tu boley di minum jika ia halal..dari info en Wan..sykt carsbergs seboleh2 nye nk dapat pasaran malaysia..lebih2 org melayu for jual arak halal die..but kurg sambutan..skang de anta kat rab plak..kite plak amik dari mihas..yg dtg dariarab kot

Hadith Muslim