Khamis, 28 Mei 2009

Award LAgi- comel nye

Award ni dtg dr blog (X)o(X)o

thhanks for u r award ni...






p/s --kalu ad lagi award jgn lupe nona ye

Selasa, 26 Mei 2009

PErsonaliti ku?

Salam pembaca blog..xtau nk post pe mgu ni..
but i want to sharing my personaliti..
mybe korg nye ade same kot..




Rabu, 20 Mei 2009

Peringatan Utk Wanita:

Mengelak lebih baik daripada mengubati

Hai para wanita, air dalam botol plastik di dlm Kereta Anda, sangatlah berbahaya!!! !

Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara, terutama di Australia.

Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini. Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta.

Doktor berkata bahwa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta, dan kirimkan ke teman-teman wanita Anda.
Peringatan Utk Wanita...

Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol
kaca.

Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua.

Selasa, 19 Mei 2009

Bertemu PArent si Dia ???



kenangan hujung minggu lepas x dapek den nk lupakn..
hehe jumpe bakal mak n pak mentua..
takut kecut perut pun ade..huhu
tp nk wat cm ne kerna syg ku turut kan jua...
aku pun g la ke rumah si dia...
sampe2 aku salam mak n ayah nye...

tp gayat mula melanda..
ape yg perlu ku buat bile mak nye masak..
huhu pe yg perlu ku buat nk tlg tp xtau nk mule..
yg pakwe aku ni..asyik pakse je( xphm ke aku ni )
huhu kn xtau msak..tp xtau nk tlg cm ne.tkt care ku salah care..
aku mule nk tolong buat air je..
huhuhu sekali jug mahal arcopal..telah retak..
di sebabkan nk wat air milo panas..

tp nasib bek la mak de cover kate..da nk pecah..
adoi kantoi..(blum kawin da spoil)
Ape2 pun aku tetap bahagia bersamamu syg..




Jumaat, 15 Mei 2009

XKering Gusi kot..Teka TEki

Dalam byk2, Kain apa yang paling berat di dunia?

* = Kain songket cap Gajah Duduk

Soalan matematik, 2 apek tolak 1 nyonya jadi apa?

* = Jatuh la nyonya tu...

Ibunya satu, anaknya beribu, apa dia?

* = Penyapu

Kalau 1 + 1 = 2, jawapan lain dia apa?

* = Jawapan lain salah la...

Ibunya diurut, anaknya dipijak.

* = Tangga

Pokok apa bila manusia nampak dia lari?

* = Pokok nak tumbang la...

Lagu apa yang semua orang di dunia ini boleh menyanyikannya?

* = Lagu 'Happy Birthday'

lagi....

Air apakah yang paling berani sekali?

* = Air terjun

Sungai apa yang paling kurus di dunia?

* = 'Slim River'

TEKA TEKI LAWAK

Sungai apakah yang tiada air?

* = Sungai di dalam peta

Buah apa bila dia masak dia timbul?

* = Buah Melaka

Kalau semua manusia jadi ikan, ikan jadi apa?

* = Jadi banyak la...

Apakah persamaan antara ikan kod dengan kod gitar?

* = Kedua-duanya boleh digoreng

Ikan apakah yang mempunyai ketiak?

* = Ikan duyung

Ha... cuba teka....

1) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

2) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

3) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

4) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

5) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

6) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

7) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

8)Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan

Jawapannye.. ....

1) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah

2) MILO AIS

3) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh. sebab tulah dia angkat
sebelah aje.

4) lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada
'game' dia padam

5) Semut yang matanya BENGKAK

6) Motorsikal.. ....sebab dia pakai tongkat

7) kambing binatang

Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan
nama BAKAR

Rabu, 13 Mei 2009

Istak “BIR Halal ke?”


SATU PERKARA YANG MENARIK PERHATIAN masyarakat Melayu…Dan telah menjadi pertikaian beberapa pihak sama ada air jenama Istak bir HAlal yang baru di pamer kan di MIHAS 2009. Membuat kan kekeliruan tentang air itu n perbezaan dengan arak…




Petikan dari utusan
KUALA LUMPUR 12 Mei - Penggunaan istilah bir halal bukan sahaja mengelirukan, malah menyakitkan hati umat Islam, kata Timbalan Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Salleh Ahmad.
Menurutnya, penggunaan istilah tersebut memberi maksud yang buruk dan boleh menimbulkan syak serta prasangka buruk bagi umat Islam yang meminumnya.
''Pihak berwajib harus mengambil tindakan segera agar isu tersebut tidak dimanipulasikan oleh pihak yang hanya memikirkan kepentingan untuk diri sendiri,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaei Ahmad berkata, istilah bir tidak wajar digunakan kerana ia sinonim dengan benda yang memabukkan.
"Istilah bir halal tidak boleh digunakan kerana ia seolah-olah memberi gambaran bahawa umat Islam menggemari arak,'' katanya.
Baru-baru ini, Istak, sejenis minuman malt yang disahkan 100 peratus halal tanpa alkohol diperkenalkan di Pameran Halal Antarabangsa 2009 (Mihas 2009).
Sementara itu, Pensyarah Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Petaling Jaya, Dr. Azhar Yaakob berkata, istilah bir memang tidak sesuai digunakan bagi benda atau makanan yang halal.
''Perkara ini bukan sahaja mengelirukan tetapi dalam ajaran Islam itu sendiri melarang kita daripada menggunakan istilah-istilah yang tidak baik,'' katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Shaani Abdullah menjelaskan, penggunaan istilah tersebut tidak seharusnya dipandang ringan.
"Penggunaan istilah itu seolah-olah salah satu cara halus untuk menghakis nilai dan kesucian Islam itu sendiri," katanya.

So di harap pembaca boleh beri komen tentang isu hangat ini…
Bagi Nona tiada name lain ke yang dorg leh letak selain name bir…da tu leh letak HALAL...Boleh Menyinggung Hati Umat Islam..Walaupun Istak itu Halal tanpa alcohol sahaja…







Isnin, 11 Mei 2009

IBU Ratu HAtiku



Selamat Hari Ibu...
Jasa Mu tidak ternilai oleh ku...
Terima Kasih Ibu kerana pengorbananmu ini berjaya membuat aku menjadi org yg berjaya...
kasih sayang tidak bertepi...


tika ku sedih tika ku terbuang tika ku resah dan gelisah kau tetap setia dengan anakmu...
Ya ALLAH kau beri la ibu kebahagiaan Di DUNIA DAN DI AKHirat...Kerana Tanpa nya Siapa lah Aku.....
I luv U Ibu....Siti Rohmah Binti Mohd Said



p/s jaga la ibu mu selagi dia masih ada didepan mata kite....

Rabu, 6 Mei 2009

Beza TAnggungjawab lelaki dan Wanita

KU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA....


LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala

dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak

perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh..
Isteri jawab
KALO DAH TAHU TANGGUNG BANYAK DOSA...BUAT LA AMAL IBADAT BANYAK BANYAK....INI BACA QURAN PUN TERGAGAP GAGAP..SENTUH QURAN PUN SETAHUN SEKALI BELUM TENTU BACA QURAN.




BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan

sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya

terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya

perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya

kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun

begitu isteri boleh membantu KALO BAB NI BAIK LA PULAK, ISTERI BOLEH BANTU TAPI BILA ISTERI BEKERJA, TERFIKIRKAH SEORANG SUAMI ITU BAHAWA ISTERI LEBIH BANYAK TANGGUNGJAWAB BILA BEKERJA? BALIK KEJE URUSKAN ANAK, MASAK, MENYAPU, BASUH KAIN SIDAI KAIN, LIPAT BAJU... SUAMI SELEPAS BALIK KEJE APA YANG SUAMI BUAT? MANDI...PAKAI KAIN PELEKAT..BARING DEPAN TV....EWAH SERONOKNYA.....BILA ISTERI TIDUR AWAL SEBAB PENAT BUAT KEJE SUAMI TUDUH ISTERI TAK LAYAN SUAMI PULAK. MUKA MUNCUNG MACAM TAPAI BASI LA...APA LA . Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri.. SUAMI ZAMAN SEKARANG BUKAN TAK NAK TANYA...TAPI DAH DIJADUALKAN SIAP2 DUIT ISTERI SAMA BANYAK DENGAN DUIT SUAMI PAKAI BAYAR ITU BAYAR INI. TERLEBIH PUN ADA.....BUKAN BANTU LAGI DAH...SILAP TU AYAT TU...

lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung

Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung

dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih

panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan

beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)....TAK JUGAK...HISAP ROKOK BANYAK SANGAT SEBAB TU CEPAT MATI.....

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.

Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah

kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari

suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya

kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu

menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada

suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.BETUL...TAPI KALO SUAMI BUAT DOSA...HUKUM HAKAM PUN LINTANG PUKANG ISTERI PERLU TEGUR JUGAK.....TAPI KALO ISTERI TEGUR EGO TINGGI MELANGIT...TAK NAK KALAH.....


Hadith Muslim